Thursday, August 6, 2015

10 Perkara Lucu Yang Berlaku Ketika Menyusu. No 4 Paling Buat Saya Tersenyum




Menyusukan si comel merupakan saat yang paling indah bagi wanita bergelar ibu. Dalam melengkapkan perjalanan penyusuan tentu banyak kisah suka duka yang ibu lalui. Mungkin salah satu daripada 10 perkara lucu tersebut pernah berlaku kepada anda semua.

  1. Kesan bunyi ketika menyusu. Bayi anda memang pandai membuat pelbagai bunyi tanda dia sedang seronok menikmati susu ibunya. Sekiranya anda sedang menyusukan bayi di rumah tentu anda seronok dan bahagia mendengar bunyi comel tersebut tetapi bayangkan jika anda sedang menyusukan bayi di tempat awam. Hmm... (mesti ada yang bisik… baby pelan-pelan sikit .. nanti orang dengar… hehehehe)

  2. Kadang kala ketika bayi sedang menyusu, ibu biasanya sibuk membuat perkara lain seperti melihat telefon bimbit, membaca buku dan sebagainya tetapi tiba-tiba bayi anda melepaskan puting payudara anda dan susu masih memancut keluar! (Ada tak yang main Farmville? Kalau ada komen ya!)

  3. Terlupa payudara kanan atau kiri untuk sesi penyusuan seterusnya. (blurr sekejap)

  4. Tangan kecil yang menjalar. Biasanya tangan si kecil yang asyik menyusu turut sibuk menjalar di seluruh muka dan wajah ibu seperti memasukkan jarinya ke dalam mulut atau lubang hidung ibu, menarik rambut ibu, cuba menanggalkan cermin mata ibu dan bermacam lagi. Tapi ia sangat membahagiakan dan buat ibu tertawa lucu. (Betul… ini memang berlaku!)

  5. Pencarian puting. Lucu sangat bila bayi anda dipeluk dan dibaringkan dalam posisi menyusu oleh orang lain tetapi dia secara automatik akan mencari puting payudara. (Mesti bapa pun kene juga yer? Nasihat pada bapa.. sila pakai baju ketika dukung anak anda)

  6. Wajah bayi yang kenyang, gembira dan seronok selepas setiap kali penyusuan hanya membuatkan ibu tersenyum bahagia. (Release tension ketika ini)

  7. Semakin membesar bayi anda, semakin banyak gaya dia tunjukkan semasa hendak menyusu. (Ada yang menonggeng… ada kaki naik atas.. terbalik dan macam-macam.. sila komen gaya anak anda.. kita share)

  8. Pantang ada bunyi yang mengganggunya ketika menyusu, bayi akan segera melihat ke arah bunyi tersebut sambil cuba membawa bersama puting payudara ibu. Ouchh...sakitnya hanya ibu sahaja yang tahu. (uikss.. ditarik macam nak putus kan…)

  9. Bunyi tidak sabar yang dilakukan oleh bayi apabila dia hendak menyusu terutama apabila ibu baru pulang dari kerja. Kadang kala sampaikan baju ibu dihisapnya! (Ini saat yang menggembirakan… betul tak?)

  10. Saling berbalas senyuman. Tiada yang lebih menggembirakan ibu selain daripada senyuman manis si kecil serta berbalas pandangan mata ketika proses penyusuan berlaku. Ia saat paling berharga! (Terima Kasih Tuhan atas kurniaan rezeki ini)


Baca : Tips Memilih 3 Jenis Permainan Bayi. Anak BIJAK!


Perhatian Bagi Ibu Yang Sedang Mengandung Dan Yang Mempunyai Anak Dibawah Usia 5 Tahun!!!

Mahu Anak Anda Pintar & Pandai Membaca Sebelum Masuk Tadika?

Sila Klik Gambar Sebelah!


Sumber : PaMa

2 comments:

  1. memang macam2 perkara lucu semasa menyusukan baby.. enjoy sangat setiap saat menyusukan baby :)

    no 9 tu sy suka.hehe

    ReplyDelete
  2. Hai... Saya ada 6 orang anak... 5 dah sekolah paling kecil baru umur setahun 2 bulan.. memang macam2 gaya dan pe'el anak bila menyusu. yang kecil ni suka main jari ada macam buat jari ala-ala katun Naruto pun ada... hehehe

    ReplyDelete