Monday, September 29, 2014
# 5 Petua Cegah Bayi Jaundis
# 6 Tips Tangani Anak Meragam!
‘Ibu, panaslah! Jomlah balik, tak sukalah tempat ini. Cepat laa balik… kalau tidak Adik jerit,” teriak si anak. Situasi ini biasa berlaku ke atas anak yang banyak ragam ketika berada di khalayak ramai. Sebagai ibu, anda sendiri sukar untuk mengawal anak. Keadaan ini memaksa dirinya untuk duduk diam sahaja di rumah sahaja.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cara bagi menangani kanak-kanak yang meragam di khalayak ramai:
- Jika anda membawa anak ke mana-mana, dinasihatkan jangan mengambil masa terlalu lama sehingga membuatkan anak-anak terasa penat. Paling efektif jika ada ruang untuk bermain atau berehat bagi mereka. Rancang perjalanan atau aktiviti dengan betul dengan mengambil kira keadaan anak-anak yang masih kecil. Kadang kala walaupun aktiviti itu menarik , apabila mereka sudah penat dan mengantuk, mereka akan mula meragam. Ibu bapa akan merasa tidak selesa apabila anak-anak meragam di khalayak ramai. Kita bukan sahaja malu malah menjadi marah kerana semakin dimarahi semakin kuat anak meragam.
- Berehat untuk makan. Kanak-kanak jika sudah lapar walaupun di hadapan orang ramai mereka akan meragam, terutama bagi yang jenis difficult.
- Rancang percutian dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan supaya anak-anak tidak rasa bosan dan meragam.
- Jangan bawa kanak-kanak ke tempat barang permainan atau yang menarik perhatiannya. Sekiranya anda tidak mampu atau tidak mahu memenuhi kehendak anak-anak yang mahukan sesuatu.
- Jika mahu melancong atau ke mana-mana, pastikan kesihatan anak-anak anda dalam keadaan yang baik.
- Sebaik-baiknya, anda disiplinkan anak-anak sejak dari kecil. Setiap kali menegur mereka, tegurlah secara berhemah dan lembut tetapi tegas agar anak-anak faham dengan rentak kita.
Sumber : Mingguan Wanita
Bilakah Harus Saya Memberi Bayi Saya Makanan Selain Daripada Susu Ibu?
Bilakah Harus Saya Memberi Bayi Saya Makanan Selain Daripada Susu Ibu?
Bayi sepatutnya diberi susu ibu sahaja selama sekurang-kurangnya enam bulan. Akan tetapi, untuk mengetahui bilakah masa yang tepat untuk memulakan makanan pejal, anda perlulah melihat perkembangan bayi.
Tanda yang paling ketara yang boleh dilihat ialah bayi masih kelihatan lapar selepas menyusu (lapan hingga 10 kali penyusuan atau 32 oz/946ml susu formula sehari). Bayi anda mungkin kelihatan berminat atau berkelakuan aneh apabila anda makan.
Bayi yang sudah bersedia untuk makan makanan pejal boleh mengangkat dan menyokong berat kepala sendiri. Berat badan bayi sekurang-kurangnya 6kg dan sudah dua kali ganda daripada berat lahir. Bayi menunjukkan sifat ingin tahu tentang dunia sekelilingnya, mengekori objek dengan mata dan tersenyum apabila melihat sesuatu.
Bayi baru lahir akan menolak lidahnya ke luar mulut apabila sesuatu dimasukkan ke dalam mulut. Untuk memberi bayi makanan pejal, bayi perlulah dapat mengatasi refleks tolakan lidah yang kuat yang sedia wujud sejak lahir. Kebanyakan bayi bersedia untuk menerima makanan pejal sekitar usia empat hingga enam bulan. Anda tidak perlu melihat kalendar; cuma perhatikan tanda-tanda perkembangan bayi.
Jika bayi merengek atau tidak menunjukkan minat untuk makan, kembalilah kepada penyusuan secara eksklusif untuk seminggu dua lagi dan cuba sekali lagi. Anda tidak perlu tergesa-gesa sebelum bayi berusia enam bulan.
Soalan dijawab oleh Prof. Madya Dr. Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan, Setiausaha Kehormat Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM).
Adakah Anda Tahu Jadual Pemakanan Bayi Anda?
Sebagai seorang ibu, kita amat risau tentang pemakanan bayi kita. Kita tak tahu berapa jumlah sebenar makanan yang patut bayi kita makan dalam satu-satu masa. Berapa jumlah air suam yang kena minum dalam satu-satu masa.
Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah pemakanan anak, anda boleh rujuk dibawah sebagai panduan sahaja.
Friday, September 26, 2014
Adakah Anda Peduli Tentang Petua Selepas Bersalin?
Nenek moyang kita memang kaya dengan petua tradisional. Jika diamalkan ia diakui memang memberikan kesan yang mengagumkan. Kepada ibu-ibu selepas bersalin, jom amalkan petua-petua berikut untuk kesejahteraan diri dan kecantikan luar dan dalam.
*Segarkan badan
Semasa dalam pantang, ambil beberapa helai daun sirih dan daun pandan kemudian rebus bersama sedikit halba, bunga cengkih dan garam. Mandi dengan menggunakan air rebusan setiap pagi sehingga ke hari ke-40 selepas bersalin.
*Naikkan seri wajah
Bersihkan beberapa ranting daun inai kemudian rebus dengan menggunakan api sederhana sehingga mendidih. Biarkan sejuk dan minum airnya segelas pada waktu pagi dan segelas pada waktu malam. Amalkan dua atau tiga hari seminggu.
*Kecutkan rahim
Ambil segenggam daun pegaga dan rebus bersama akarnya. Masukkan bersama pucuk pokok sepagi berdiri. Minum air rebusan tadi selama tiga hari berturut-turut setiap pagi.
*Rawatan dalaman
Tumbuk kunyit hidup dan daun inai hingga lumat. Kemudian, perah dan ambil patinya lalu diminum pada waktu pagi. Lakukan selama tiga hari seminggu sepanjang waktu berpantang. Hasilnya, luka anda akan cepat sembuh dan wajah akan lebih berseri.
*Tambah susu badan
Ada setengah wanita yang baharu melahirkan anak menghadapi masalah kurang susu badan. Bagi mengatasi masalah ini, ambil daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus. Makanlah bersama nasi panas dan amalkan selalu.
*Sembuhkan luka bersalin
Luka akibat bersalin sama ada bersalin secara normal ataupun pembedahan boleh disembuhkan segera dengan makan ikan haruan yang dibakar ataupun dibuat sup. Selain itu amalkan makan hempedu ikan haruan setiap hari bersama satu sudu besar madu lebah asli.
Sumber : PaMa
Jom Try Resipi PURI CARROT hari ini.
Bahan-bahan
- 2 lobak merah
- 1 sudu besar minyak zaitun atau unsalted butter
- Susu lembu penuh lemak atau susu ibu (optional)
Cara Penyediaan:
- Potong lobak merah menjadi kiub kecil.
- Kukus selama 10 minit atau sehingga lembut apabila dicucuk dengan garpu. Sebagai alternatif, rebus dalam air tanpa garam dalam kuali bertutup.
- Toskan dan masukkan unsalted butter atau minyak zaitun, dan susu (kalau guna). Kacau sehingga sebati.
Masa Penyediaan: 5 min
Masa memasak: 10 min
Hidangan: 4-8
Wednesday, September 24, 2014
Ramai Ibu Bapa Ambil Mudah Mengenai Makanan Berperisa Untuk Bayi Anda!
Pernahkah anda sebagai ibu terfikir untuk memberikan makanan yang berperisa kepada bayi? Tentu sesekali pernah terlintas di fikiran anda untuk menambahkan sedikit perisa dalam makanan yang dimasak untuk si manja. Apatah lagi sekiranya bayi comel anda seperti enggan makan apabila disuap.
Kebanyakan doktor mengesyorkan supaya menunggu sehingga bayi berusia lapan bulan sebelum memperkenalkan rempah-rempah ke dalam makanannya. Ini adalah untuk mengelakkan masalah sakit perut serta reaksi alergi.
Walau bagaimanapun,di ingatkan supaya anda tidak tergesa-gesa memperkenalkan makanan berempah kepada bayi. Sekiranya anda biasa memakan makanan berempah semasa menyusukan bayi, dia mungkin telah biasa dengan rasa rempah.
Rempah bukan sahaja merujuk kepada bahan masakan yang pedas seperti cili dan lada hitam sahaja tetapi termasuk bawang putih, halia, jintan, ketumbar,halba, kunyit dan sebagainya. Herba dan rempah bukan sahaja menyedapkan masakan tetapi ia ada faedah kepada kesihatan.
Misalnya, halia, jintan manis, jintan putih digunakan dalam rawatan tradisional India untuk menenangkan perut kembung dan membantu pencernaan sementara bawang putih dan kunyit pula bersifat antiseptik dan antioksida.
Perkenalkan rempah-rempah tersebut satu persatu dalam kuantiti yang sangat sedikit. Beri tempoh masa sehingga seminggu sebelum memperkenalkan rempah baharu dalam menu bayi anda. Dengan cara ini, sekiranya ada sebarang reaksi atau alahan, anda boleh mengenal pasti sumbernya dengan serta merta.
Berikut adalah cara memperkenalkan rempah kepada bayi anda:
*Seulas bawang putih atau sepotong kecil halia boleh diparut dan dimasukkan ke dalam hidangan seperti ayam yang disiat-siat atau dal ketika sedang dimasak .
*Rempah serbuk seperti kunyit, jintan putih dan ketumbar boleh ditambah sedikit ke dalam kuah semasa memasak.
*Sedikit biji-bijian seperti jintan manis dan biji sawi boleh ditumis dengan sesudu kecil minyak sapi sebagai perisa untuk dal, nasi dan sayur goreng.
*Secubit serbuk kayu manis, buah pala atau serbuk buah pelaga boleh dimasukkan ke dalam mufin atau pencuci mulut dan manisan lain.
*Herba segar seperti pudina dan daun ketumbar boleh digunakan sebagai bahan hiasan untuk hidangan sayur goreng, kari dan nasi.
Selepas anak anda berusia 18 bulan dan sekiranya dia tahan makan makanan berempah, rempah-rempah pedas boleh diperkenalkan. Tambahkan rempah seperti cili dan lada hitam dalam kuantiti yang sangat sedikit. Berhati-hati jika menggunakan cili hijau segar dan serbuk cili mentah. Lidah dan perut anak yang sensitif mungkin tidak dapat menerimanya. Anda boleh mengimbangkan rasa pedas cili dengan mencampurkan dadih ke dalam masakan itu.
Gunalah rempah daripada jenama yang dipercayai dan mempunyai sijil yang diiktiraf oleh kerajaan atau badan kesihatan. Pastikan tidak menggunakan rempah yang sudah luput tarikhnya.
Sumber : PaMa
Tuesday, September 23, 2014
TERGEMPAR - BAYI PEREMPUAN DIGIGIT BIAWAK
Pegawai dari Klinik Kesihatan Tekek menerima panggilan.
Bayi perempuan dalam berat 9kg digigit Biawak Besar di Tioman.
Kejadian berlaku sekitar 10.30 pagi
Kejadian berlaku apabila Ibu kepada bayi ini meletakkan anaknya di dalam baby cot di atas lantai ketika sedang memasak di dapur.
Kemudian Ibu kepada bayi ini meninggalkan sebentar untuk mengambil sesuatu, tiba-tiba terdengar bunyi bising di dapur dan kedengaran bayi menangis dengan kuat.
Ibu kepada bayi ini berlari ke dapur dan melihat biawak yang sangat besar sedang gigit dan mencengkam bayi ini. Ibu dengan sekuat hati menarik sekuat hati untuk selamatkan anaknya.
Bayi ini dirujuk ke Hospital Mersing.
Ya Allah selamatkan Bayi ini dan cepatlah sembuh..
Nota : Gambar kesan gigitan dan cakaran kami tidak sanggup paparkan kerana terlalu sebak melihat bayi ini menahan kesakitan... kami doakan bayi ini sembuh cepat dan ibu kepada bayi ini tabah..
Ramai Ibu Bapa Tidak Tahu Cara Sendawakan Bayi Dengan Betul
Secara umumnya, penyusuan bayi mengikut permintaannya apabila dia kelaparan. Bayi mungkin menunjukkan reaksi menangis, memasukkan jari dalam mulut atau membuat bising. Bayi baru lahir memerlukan tempoh dua jam sekali untuk menyusu.
Jika dia menyusu badan, bayi memerlukan 10 hingga 15 minit setiap kali penyusuan. Jika susu formula, bayi menyusu lebih kurang 60 hingga 90 mililiter setiap kali penyusuan. Sebahagian bayi yang baru lahir akan bangun daripada tidurnya setiap beberapa jam untuk menyusu.
Jika lampin bayi kerap basah (lebih kurang enam kali sehari), tidur yang nyenyak dan berat badan bertambah, keadaan ini menunjukkan dia dalam keadaan kenyang. Bayi yang menyusu akan membawa bersama udara ke dalam badannya yang boleh membuatkan dia tidak selesa.
Ibu boleh mengatasi keadaan tersebut dengan menyendawakan bayi setiap kali selepas penyusuan. Terdapat beberapa cara untuk sendawakan bayi:
- Pegang bayi dan sandarkan kepalanya pada bahu anda. Sokong kepala dan bahagian belakang ketika anda mengusap lembut belakangnya.
- Dudukkan bayi di riba anda. Pegang dada dan kepalanya dengan sebelah tangan anda dan secara lembut usap bahagian belakang badannya.
- Meniarapkan bayi anda ke bawah. Sambil itu pegang kepala bayi dengan lengan anda. Usap lembut belakangnya.
- Jika bayi tidak sendawa selepas beberapa minit minum susu, sendawakan bayi dengan pelbagai posisi sehingga 10 ke 15 minit.
Sumber : Pa&Ma
Monday, September 22, 2014
Ibu Bapa Perlu Tahu - Bayi Dan Makanan Pejal
Proses memperkenalkan bayi kepada makanan pejal boleh dilakukan selepas bayi berusia enam bulan. Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara perlu diberikan perhatian.
Berikut adalah 10 perkara yang perlu diambil kira oleh semua ibu bapa sebelum memberi bayi makan makanan pejal.
- Bayi berusia enam hingga lapan bulan perlu diberi makanan pejal di antara dua hingga tiga kali sehari.
- Jangan sesekali mendesak anak makan banyak pada satu-satu masa. Beri bayi anda masa untuk belajar makan makanan pejal.
- Makanan pejal yang sesuai untuk bayi berusia enam bulan ialah puri. Puri tersebut bolehlah dicairkan dengan mencampurkannya bersama susu ibu.
- Buah-buahan dan sayur-sayuran seperti epal, pisang, labu, lobak merah, kentang dan brokoli sesuai untuk dijadikan puri.
- Pada peringkat permulaan, elakkan memberi bayi anda makanan yang boleh menyebabkan masalah alergi seperti keju, kekacang, makanan laut dan telur.
- Jangan sesekali menambah garam atau gula dalam makanan bayi anda kerana buah pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses bahan-bahan tersebut.
- Mulalah perkenalkan makanan jejari selepas anak anda semakin pandai makan iaitu ketika usia sekitar lapan bulan.
- Jika anak menolak makanan yang anda berikan padanya. Jangan marah dan terus memaksa anak makan makanan tersebut. Mungkin bayi anda belum bersedia menerima makanan tersebut. Cuba berikan anak menu lain. Paling penting, ibu bapa jangan cepat berputus asa.
- Ketika memperkenalkan makanan pejal kepada bayi, beri dia menu yang sama selama empat hingga tujuh hari. Hal ini penting untuk melihat tindak balas tubuh anak terhadap makanan tersebut. Adakah dia mengalami masalah penghadaman atau alah kepada makanan yang anda berikan itu.
- Sekiranya anak anda demam atau sakit, anda perlu memberi dia minum banyak air dan berikan dia makanan yang paling digemarinya.
Sumber : PaMa
Sunday, September 21, 2014
Baby Food Feeder Membantu Anak Anda Makan Dengan Lebih Baik
Kajian menunjukkan bahawa air liur bayi yang berumur seawal 3 ke 4 bulan mengandungi enzim yang dapat mencerna karbohidrat. Ini bermaksud bayi pada umur ini sudah boleh menerima makanan pepejal berupa buah-buahan, sayuran, nasi, ikan dan daging.
Risiko Menyuap Makanan Menggunakan Sudu
Tercekik
Namun begitu, memperkenalkan makanan pepejal kepada bayi bukanlah sesuatu yang mudah. Kebiasaannya ibu bapa akan memberi makan anak kecil mereka menggunakan sudu. Menyuap makanan secara pasif kebiasaannya akan ditolak oleh bayi. Mereka akan mengelak dan merengek menangis menolak suapan daripada ibu mereka. Perkara ini sangat berbahaya kerana cebisan makanan boleh masuk ke dalam saluran pernafasan bayi, boleh menyebabkan mereka tercekik semasa menangis.
Pencemaran
Menyuap makanan menggunakan sudu juga boleh menyebabkan pencemaran silang apabila si ibu meniup makanan panas di atas sudu. Bakteria daripada mulut boleh mencemari makanan bayi.
Risiko tersebut dapat dikurangkan apabila anak kecil menggunakan Food Feeder (‘penyuap makanan’) yang berbentuk seperti teether. Sudu dan mangkuk tidak diperlukan. Sebaliknya anda hanya perlu untuk menyediakan puri makanan bayi seperti biasa dan masukkan ke dalam poket Food Feeder.
Kelebihan Food Feeder
Bayi dapat makan dengan lebih selesa
Bayi lebih mudah untuk makan menggunakan Food Feeder kerana mereka akan menelan puri tersebut dengan cara mengunyah poket Food Feeder seolah-olah seperti menghisap puting botol susu. Mereka pasti lebih aktif mengunyah kerana cara makan yang lebih menepati cara biasa mereka meminum susu.
Bayi anda juga dapat menikmati makanan pepejal pertama mereka dengan selesa dan gembira. Ini mampu menstabilkan emosi mereka dan lebih merapatkan hubungan dengan ibu bapa kerana anda tidak perlu risau dan pening kepala menguruskan kecomotan bayi anda!
Khasiat makanan lebih banyak diserap
Apabila mereka dapat makan dengan selesa, risiko tercekik dapat dikurangkan. Tambahan lagi, air liur yang mengandungi enzim lebih aktif dirembeskan, membolehkan nutrien dalam makanan dapat dicerna dan diserap oleh badan dengan lebih efektif.
Dengan menggunakan Food Feeder, bayi anda berpeluang untuk merasa makanan pepejal di awal usia 3 ke 4 bulan dengan lebih efisien. Dengan itu, mereka dapat menerima lebih banyak vitamin dan mineral daripada buah-buahan dan sayuran untuk tumbesaran.
Membantu Perkembangan Deria dan Otak
Dengan Food Feeder, anak anda cenderung untuk mengutip Food Feeder dan memasukkannya sendiri ke dalam mulut. Walaupun perbuatan ini mudah, tapi sebenarnya ia dapat membantu deria dan kordinasi otot.
Perbuatan mengunyah yang berterusan menggunakan Food Feeder juga boleh meningkatkan aliran oksigen ke otak sekaligus membantu perkembangan neuron, insya Allah menjadikan anak anda lebih pintar!
Apa yang paling penting, dengan Food Feeder anak anda akan makan dengan keinginannya sendiri tanpa perlu dipaksa suap. Bayi gembira, ibu bapa pun bahagia!
Produk Food Feeder yang Terbaik dan Termurah di Pasaran
Baby Food Feeder ini boleh didapati di Online Store The Baby Store Malaysia
Friday, September 19, 2014
Cara Yang Betul Kendalikan Frozen Puree
Setiap penyediaan makanan bayi adalah kritikal (sebenarnya setiap penyediaan makanan untuk orang dewasa juga penting). Tetapi disebabkan perut bayi lebih sensitif dan masih berkembang, adalah perlu untuk lebih berhati-hati.
Kesilapan umum adalah:
- Apabila saya membuat puree bayi, saya masukkan puree tersedut ke dalam bekas ais yang tidak mempunyai tutup. Sepatutnya anda masukkan ke dalam bekas ais yang mempunyai penutup supaya tiada bakteria berpeluang masuk ke dalam puree semasa proses pembekuan di dalam freezer.
- Tidak membuat label tarikh kepada makanan beku bayi. Oh, makanan bayi yang telah dibekukan haruslah digunakan dalam tempoh sebulan sahaja paling lewat ok.
- Jangan letak dalam bekas plastik seperti plastik lauk makanan, plastic biasekalau boleh yang BPA free. Ini kerana setiap kali penyediaannya, anda perlu cairkan terlebih dahulu, dan kemudian ambil sedikit bahagian untuk digunakan, kemudian simpan kembali ke dalam freezer, yang mana membuatkan makanan bayi beku tersebut lebih banyak terdedah kepada perubahan suhu yang melampau, meningkatkan risiko pembiakan bakteria. Pastikan untuk membekukan makanan bayi dalam kuantiti yang sedikit-sedikit supaya mudah diambil untuk setiap hidangan. Contoh, satu kiub untuk satu hidangan.
Penyediaan makanan beku bayi
- Makanan puree bayi yang belum dibekukan hanya boleh berada di dalam fridge (peti sejuk bukan freezer) maksimum selama 48 sahaja. Sebaiknya terus masukkan ke dalam ruang freezer.
- Sekiranya anda mahu sejukkan makanan bayi sebelum mengisar menjadi puree, pastikan tidak melebihi 2 jam di dalam suhu bilik, kerana dikhuatiri akan membiakkan bakteria ke dalam makanan. Pastikan bekas makanan sentiasa bertutup.
- Jikalau mahukan makanan segar buat bayi anda, yang mana anda tidak mahu bekukan makanan tersebut, buatlah setiap hari. Ini applicable untuk ibu-ibu yang bekerja di rumah ya. Lebih sihat gitu. Bukankah bila kita tidak bekerja, seharusnya semua adalah lebih baik dan lebih berkualiti. Ya, masa berkualiti untuk anak, makanan berkualiti untuk anak, pendidikan rumah (informal dan formal) yang lebih berkualiti untuk anak-anak. Jangan pulak terbalik ye. Hehe. Perlu diingat, makanan air tangan ibu yang dibekukan adalah lebih baik dari instant baby food di pasaran.
- Kebaikan menyimpan makanan bayi beku ni ialah sekiranya bayi anda menolak makanan tersebut, anda boleh cuba memasukkan resepi makanan tersebut mungkin seminggu atau 2 minggu selepas itu. Yelah, mana tahu tiba-tiba bayi anda tukar selera kan?
Sumber : http://www.wholesomebabyfood.com/
Thursday, September 18, 2014
11 Makanan yang Perlu Dielakkan oleh Ibu Menyusu
Walaupun ramai wanita yang sangat sedar apa yang mereka makan semasa kehamilan mereka , sebahagian daripada mereka lupa bahawa terdapat juga beberapa garis panduan pemakanan yang mereka perlukan untuk mengikuti ketika penyusuan badan juga.
ASAS PENYUSUAN
Penyusuan adalah disyorkan dengan meluas kerana banyak manfaat kepada kesihatan. Malah, bayi susu ibu mempunyai risiko lebih rendah untuk mendapat penyakit seperti virus perut dan jangkitan telinga. Kanak-kanak yang diberikan susu badan juga kurang berkemungkinan untuk alahan atau menjadi gemuk , dan ia juga kelihatan mempunyai kesan positif kepada kecerdasan kanak-kanak. Ibu juga boleh mendapat manfaat - ia dapat mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari dan juga berisiko rendah untuk mengalami kemurungan selepas bersalin.
Semua manfaat ini mendorong para ibu untuk memilih susu ibu walaupun pada hakikatnya ia boleh menyusahkan, memakan masa atau sakit dalam beberapa kes. Dan, ia sudah tentu tidak semudah untuk menyusu di khalayak ramai seperti hanya tarik keluar sebotol susu formula. Tetapi ramai ibu memilih untuk membuat pengorbanan ini untuk anak mereka, termasuk mengorbanan pemakanan mereka.
MAKANAN PERLU DIELAKKAN
Terdapat beberapa makanan yang harus dielakkan oleh wanita yang sedang menyusukan , termasuk:
1. Makanan pedas : Rempah seperti kari dan kayu manis, dan makanan seperti bawang, cili dan lada boleh menyebabkan sakit perut bayi , jadi jumlah pengambilannya perlu dihadkan. Perhatikan tanda-tanda sakit perut , cirit-birit atau muntah-muntah , yang mungkin menunjukkan bahawa sistem penghadaman bayi tidak boleh mengendalikan makanan ini.
2. Buah-buahan sitrus : Seperti makanan yang pedas, buah-buahan sitrus berkemungkinan agak kasar pada perut bayi. Keasidan dan kandungan vitamin C yang tinggi dalam nanas, oren, lemon dan buah-buahan sitrus yang lain boleh menyebabkan bayi sakit perut atau ruam. Hadkan pengambilan bergantung kepada reaksi bayi anda terhadap makanan ini.
3. Sesetengah sayur-sayuran: Ibu-ibu perlu mempunyai sayuran dalam diet mereka, tetapi bagi sesetengah orang is perlu dimakan hanya dalam kuantiti yang kecil kerana mereka boleh menyebabkan gas kepada bayi. Sayur-sayuran termasuk kubis , kubis bunga , timun dan brokoli. Kacang juga termasuk dalam kategori ini.
4. Tenusu : Sesetengah bayi boleh menjadi kolik jika ibu makan produk tenusu terlalu banyak. Elakkan memakan produk tenusu dalam jumlah yang besar dan perhatikan bagaimana bayi anda bertindak balas kepada produk yang berbeza.
5. Ikan yang mengandungi raksa: Elakkan king mackerel , ikan todak, tilefish dan yu. Ini mengandungi tahap merkuri yang boleh membahayakan bayi. Solid white dan albacore tuna mengandungi tahap merkuri sederhana, jadi hadkan pengambilan ikan dari jenis ini.
6. Kafein : Kafein harus terhad kepada jumlah yang kecil supaya tidak mengganggu corak tidur bayi. Kafein juga boleh menyebabkan gejala seperti gemuruh dan kerengsaan untuk bayi.
7. Alkohol: Jika ibu mahu minum , dia harus menghadkan pengambilannya dan membenarkan masa yang cukup untuk alkohol untuk keluar dari sistem sebelum meneruskan penyusuan . Ia biasanya mengambil masa kira-kira dua jam untuk badan untuk memproses minuman beralkohol.
8. Coklat : Coklat mengandungi kafein dan boleh membuat bayi bergas , jadi ibu-ibu perlu had pengambilan makanan ini.
9. Peanuts : Beberapa kajian menunjukkan bahawa bayi yang menyusui dari seorang ibu yang makan kacang tanah boleh menyebabkan alahan kacang. Walaupun tidak ada bukti kukuh membuktikan fakta ini , ibu-ibu perlu lebih berhati-hati.
10. Lemak tepu dan trans -lemak : Makanan yang mengandungi paras lemak yang tidak sihat ini tidak baik untuk bayi anda. Tepu dan trans -lemak boleh mengurangkan pengeluaran Omega 3 , yang penting bagi pertumbuhan bayi dan perkembangan .
11. Racun : Ini sememangnya bukan makanan , tetapi pelbagai jenis produk makanan boleh mempunyai racun perosak atau racun serangga , jadi ia perlu dibasuh dengan teliti atau kupas kulit sebelum makan. Anda juga boleh memilih dari hasil organik.
MAKANAN YANG BAIK UNTUK MAKAN
Secara umumnya, wanita yang sedang menyusukan harus memberi tumpuan kepada pengambilan diet yang sihat dan seimbang. Ini biasanya memenuhi keperluan pemakanan dalam susu ibu. Ibu-ibu perlu menambah 200 hingga 500 kalori tambahan ke dalam diet ini untuk menampung keperluan dalam penyusuan.
Terdapat beberapa makanan yang sangat bermanfaat untuk diberikan kepada bayi melalui susu ibu , termasuk :
1. Karbohidrat kompleks: karbohidrat Kompleks dalam bijirin penuh , skuasy , epal, beri dan beras perang adalah berkhasiat dan membekalkan tenaga.
2. Lemak yang sihat : Ini termasuk lemak mono dan politaktepu, seperti yang terdapat dalam ikan salmon, avokado dan kacang, dan yang besar untuk diet anda.
3. Protein: Makan daging tanpa lemak, telur, kacang dan makanan protein penuh yang lain untuk pertumbuhan dan perkembangan untuk bayi anda.
4. Kalsium: Susu, keju dan yogurt adalah sumber kalsium yang baik yang diperlukan bayi, cuma diingatkan untuk tidak mengambilnya terlalu banyak.
5. Buah-buahan dan sayur-sayuran : lobak , keledek, tembikai, tomato dan buah-buahan lain dan sayur-sayuran membekalkan vitamin dan nutrien penting .
6. Air: Pastikan anda mendapat air yang banyak. Air kencing berwarna cerah adalah tanda bahawa anda well-hydrate.
7. Vitamin : Ibu boleh terus mengambil vitamin pranatal untuk bulan pertama penyusuan. Kemudian, mereka boleh kembali ke multivitamin biasa.
NOTA MENGENAI DIET
Ramai ibu-ibu yang baru sangat ingin menurunkan berat badan seperti sebelum kehamilan mereka , tetapi mereka yang sedang menyusukan perlu merancang untuk menurunkan berat badan secara beransur-ansur dari masa ke masa . Ibu-ibu memerlukan kalori bukan hanya untuk bayi, tetapi juga untuk stamina mereka sendiri apabila menjaga bayi yang baru lahir . Malah, dengan mengurangkan berat badan terlalu cepat akan membebaskan toksin dalam badan yang berakhir di dalam susu ibu . Hanya makanan yang sihat dan bersenam secara sederhana dan berat badan akan berada pada kadar yang sihat untuk anda dan bayi anda.
Panduan Hadapi Bayi Tercekik
Malang tidak berbau. Kadang kala tanpa disedari bayi yang sudah pandai mengutip tercekik objek yang dikutip. Apabila menghadapi situasi begini, pastikan anda cukup info untuk menghadapinya agar pertolongan kecemasan dilakukan segera.
1. Bertenang. Jangan cuba untuk mengeluarkan objek yang tersekat di dalam mulut bayi menggunakan jari kerana anda mungkin hanya menambah masalah lain pula.
2. Tiarapkan bayi di lengan atau paha anda. Jadi lehernya disokong dan kepalanya berkedudukan lebih rendah daripada badannya.
3. Tepuk belakang badan bayi dengan tapak tangan anda. Objek yang berada di dalam mulutnya mungkin terkeluar.
4. Jika anda masih tidak berjaya mencungkil objek yang tercekik selepas lima kali percubaan, baringkan dia dan gunakan hujung dua jari anda untuk mengurut tulang dadanya.
5. Jika bayi anda mula tidak sedarkan diri, cuba kejutkan dia dengan menepuk tapak kaki atau memanggil namanya. Baringkan dia dan pastikan dia bernafas dengan melihat gerakan dadanya atau mendekatkan telinga anda pada mukanya.
6. Jika dia tidak bernafas, minta bantuan sesiapa yang bertauliah untuk melakukan CPR bagi membolehkan dia bernafas semula.
Sumber : Pa&Ma
Waktu Makan Yang Tepat Untuk Anak Anda
Apabila mencapai umur 2 tahun, anak anda boleh makan di meja dan mengambil makanan yang sama seperti ahli keluarga lain. Tetapi pastikan dia makan mengikut waktu dan berikan hidangan tambahan jika dia berasa lapar. Makan mengikut waktu dan apa yang anda sediakan untuk setiap hidangan amat penting.
Sarapan pagi
- Ia adalah hidangan permulaan hari dan memberikan tenaga yang diperlukan si kecil.
- Kanak-kanak yang makan sarapan pagi lebih cerdas, cergas dan mempunyai daya ingatan yang lebih baik.
Cadangan hidangan:
- Bijirin sarapan pagi
- Telur hancur bersama roti bakar
- Apam kukus / balik
- Pau kacang / daging
- Nasi goreng dengan telur
- Thosai dengan telur
*Nota: sentiasa berikan susu atau minuman bermalt yang berkhasiat kepada anak anda sebagai sarapan pagi.
Makan tengah hari / Makan malam
- Hidangan-hidangan ini menambahkan tenaga dan nutrien serta membantu anak anda mengekalkan tenaga sepanjang hari.
Cadangan hidangan:
- Nasi goreng
- Pai ayam
- Makaroni dengan keju
- Mi sup dengan ayam tanpa lemak serta sayur-sayuran
- Sandwic daging dan sayur-sayuran
Hidangan mesra kanak-kanak
- Kurma ayam
- Ikan masak pindang
- Nasi ayam dengan salad
- Bebola ikan digoreng ringkas dengan sayur-sayuran.
- Tofu / kentang masak masam manis
(Sumber : Buku Memupuk Gaya Pemakanan Sihat: Makan Secara Sihat untuk Tumbesar Optimum sempena Bulan Pemakanan Sihat Malaysia 2009 )
Bubur Nasi Dengan Ayam & Lobak Merah ( 9 - 12 Bulan )
Masa memasak: 20minit
Hidangan untuk 5
Ramuan:
• ½ cawan beras
• 150 g dada ayam tanpa kulit dan tulang, dipotong kecil
• 1 lobak merah kecil, dikupas dan dipotong dadu
• ½ sudu kecil minyak zaitun
Kaedah:
1. Rebus ayam dan kiub lobak merah dengan beras bersama 1 cawan air selama 30 minit dalam periuk tertutup di atas api sederhana rendah.
2. Sendukkan bubur nasi yang telah disejukkan ke dalam mangkuk kecil.
3. Apabila dihidangkan, titiskan minyak zaitun ke atas bubur nasi.
===========================
Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan
===========================
Tenaga (kcal) = 120
Protein (g) = 7.0
Karbohidrat (g) = 16.5
Lemak (g) = 2.9
-----------------------------------------------
TIP
Anda boleh masukkan lebih banyak sayursayuran atau menggantikan lobak merah dengan sayur-sayuran lain untuk memastikan bayi anda menikmati pelbagai jenis sayuran
-----------------------------------------------
Resipi : Chef Marina Mustafa
Subscribe to:
Posts (Atom)