Sunday, October 12, 2014

Bagaimana Nak Tarik Minat Anak Untuk Makan?


Kadang kala sukar mengajak anak-anak makan kerana mereka sibuk bermain atau menonton televisyen. Walaupun hidangan yang disediakan menyelerakan tetapi mereka tidak mempedulikan. Bagaimanapun ada pula situasi di mana anak hendak makan tetapi ibu dan ayah pula sibuk dengan kerja lain.
Oleh kerana perlu makan berseorangan, akhirnya anak hilang selera lalu terus tidak makan. Justeru sebagai ibu bapa, anda perlu bijak menarik perhatian anak-anak untuk makan agar mereka mendapat nutrisi yang diperlukan untuk membesar dengan sihat.
  • Pastikan anda sentiasa ada di sisi anak ketika dia makan.
  • Biarkan anak menikmati makanan dengan tenang dan jangan memaksanya untuk menghabiskan makanan dengan cepat.
  • Berikan pujian sekiranya dia makan dengan tertib dan dapat menghabiskan makanannya.
  • Bercerita dengan anak tentang khasiat makanan yang dimakan dan apa fungsinya kepada dirinya.
  • Sebaiknya biarkan anak makan sendiri.
  • Pastikan anak makan ketika dia sedang lapar.
  • Berikan kuantiti makanan yang mampu dihabiskan oleh anak kerana saiz perutnya berbeza dengan orang dewasa.
  • Elakkan anak makan bersulam air kerana ia hanya akan membuatkan dia cepat kenyang.
  • Tetapkan jadual makan yang sama setiap hari agar mereka lebih berdisiplin tentang waktu makan.
  • Jangan beri anak makan makanan berat di antara waktu makan utamanya.

Sumber : PaMa

No comments:

Post a Comment