Masalah vena varikos (urat simpul) atau varicose vein menyerang ramai wanita mengandung. Vena varikos berlaku apabila vena (salur darah yang membawa balik darah kurang beroksigen dari bahagian badan yang lain ke jantung dan paru-paru) menjadi tebal dan membesar.
Disebabkan pembesaran tersebut, ia kelihatan membiru atau ungu serta berpintal dan akan terkelular sedikit dari bahagian kulit seakan menggelembung. Vena mempunyai pintu injap kecil untuk mengelak darah daripada mengalir secara terbalik.
Otot kaki akan mengepam vena untuk menghantar darah ke jantung, melawan kesan graviti. Apabila vena menjadi varikos, pintu injap tidak lagi berfungsi dengan betul dan injap tidak bekerja. Ini menyebabkan darah bergerak pada arah yang songsang dan vena membesar lebih daripada biasa.
Vena varikos biasa berlaku pada vena bahagian kaki disebabkan tekanan ketika berdiri. Kadang kala masalah ini boleh berlaku di bahagian lain seperti vagina tetapi ia jarang berlaku.
Walaupun masalah ini kerap menyerang golongan wanita hamil tetapi wanita normal dan lelaki tidak terkecuali. Ketika mengandung, pertambahan hormone progestron menjadikan vena berkeadaan lega (injap terbuka) mengundang masalah vena varikos selain pembesaran uterus secara semula jadi menekan vena.
Jenis pekerjaan seseorang juga mempengaruhi risiko mendapat serangan vena varikos seperti mereka yang berdiri terlalu lama ketika bekerja iaitu jururawat, pelayan restoran, guru dan sebagainya. Bahkan wanita hamil yang mengalami masalah berat badan berlebihan juga terdedah menderita sakit urat simpul akibat kaki terpaksa menampung beart badan yang berlebihan.
Mereka yang mengalami masalah vena varikos akan berasa sakit dan tidak selesa di bahagian kaki dan tidak boleh berjalan jauh. Pesakit berkemungkinan mengalami kekejangan pada waktu malam dan lebih teruk ada yang mengalami gatal-gatal pada kulit.
Oleh itu bagi ibu hamil yang mengalami masalah vena varikos anda perlu melakukan perkara berikut sebagai salah satu penyelesaian mengurangkan kesakitan.
Banyak berehat
Jika terlalu aktif, banyak berdiri dan berjalan kaki ia akan hanya memburukkan lagi keadaan vena varikos yang dialami. Sebaliknya banyakkan berehat dan jika perlu berjalan, lakukan ia secara perlahan dan tidak boleh berjalan jauh.
Pakai kasut rata
Jangan bermimpi untuk terus tampil dengan kasut tumit tinggi anda seperti ketika belum hamil. Utamakan keselamatan dan kesihatan diri berbanding penampilan. Pemakaian kasut tumit tinggi hanya akan menyebabkan vena varikos semakin teruk. Sebaiknya pakai kasut rata sepanjang kehamilan bagi mengelakkan kesakitan pada diri sendiri.
Tinggikan kaki ketika tidur
Cara ini membantu melancarkan aliran darah selepas seharian berjalan kaki. Letakkan bantal di bawah kaki sehingga posisi kaki lebih tinggi ketika tidur. Ia membantu pembuluh darah tidak menggunakan tenaga yang lebih untuk naik.
Tattoos
Tattoos
No comments:
Post a Comment