Soalan:
Adakah keadaan ini normal apabila anak saya yang berusia 6 bulan sudah mula tumbuh gigi geraham atas? Jika tidak, apakah kesan terhadap perkembangan pertumbuhan anak saya?
Jawapan:
Secara normal gigi geraham desidus mula tumbuh ke dalam mulut apabila kanak-kanak mencapai usia 12 bulan, dan ke semua gigi geraham (8 batang) akan selesai tumbuh apabila kanak-kanak berusia 36 bulan.
Gigi desidus yang sering tumbuh awal adalah gigi kacip di rahang bawah (gigi natal). Gigi geraham desidus jarang tumbuh awal dan sekiranya ia berlaku, puan dinasihatkan untuk membawa anak berjumpa dengan doktor gigi untuk menentukan sama ada gigi geraham tersebut adalah normal dari segi pembentukannya.
Sekiranya, gigi tersebut adalah normal, puan hanya perlu menjaga kesihatan gigi anak seperti biasa untuk mengelakkan kerosakan gigi. Walaupun jarang, ada di antara kanak-kanak yang mempunyai masalah setempat pertumbuhan pergigian atau masalah perubatan seperti hyperthyroidism yang boleh mengakibatkan gigi tumbuh awal (premature tooth eruption). Oleh demikian, pemeriksaan oleh doktor pergigian dan pengamal perubatan disarankan untuk menentukan sama ada pertumbuhan gigi awal adalah tanda yang berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak.
Sumber : PaMa
No comments:
Post a Comment