Tuesday, August 25, 2015

10 Perkara Bakal Ayah Perlu Tahu Di Bilik Bersalin. No 6 Ayah jangan Terkejut Pula Ya!



Bukan bakal ibu sahaja yang berdebar, bakal ayah juga tidak kurang hebatnya debaran menanti kelahiran anak. Apa kata ayah semua ambil tahu apa perkara yang boleh dijangka berlaku sepanjang proses kelahiran si kecil.Walaupun ada ayah ada perasaan takut atau bimbang, ayah wajib juga ambil tahu 10 perkara tersebut.

1. Isteri mengadu sakit perut,anda apa lagi kelam kabutlah sebab takut hendak bersalin. Tetapi doktor pula beritahu "Oh ini cuma false alarm saja. Tak perlu risau. Belum nak bersalin lagi."Senyum sahaja dan terus balik rumah. Tak perlu cakap "Kenapa awak tak tahu ke ini false alarm?" Ia hanya akan membuatkan si isteri tarik muka masam!

2. Jika isteri meminta ubat tahan sakit, walaupun ia sepatutnya tiada dalam rancangan bersalinnya anda perlu segera mencari doktor dan meminta apa yang dikehendaki oleh isteri. Tak perlu tanya banyak perkara.

3. Rajinlah urut belakang badan isteri sewaktu dia sedang sakit kontraksi berbanding anda suruh dia banyak bersabar.

4. Biarkan sahaja kalau isteri genggam dan picit sekuat hati tangan anda dan jangan berani mengadu betapa sakitnya tangan anda!

5. Kalau anda diminta oleh isteri untuk menahan belakang kakinya ketika hendak meneran, jangan mengadu betapa lenguhnya tangan anda selepas lima minit melakukannya.

6. Jangan terkejut kalau isteri yang selama ini lemah lembut tiba-tiba naik angin apabila anda kerap bertanya kepadanya sakit atau tidak.

7. Jangan marah kalau tiba-tiba isteri tanya anda sayangkan dia atau tidak. Biasalah emosi ibu hendak bersalin memang tidak menentu. Layankan sahaja.

8. Bersedia untuk melihat sesuatu yang luar biasa. Kepada para suami yang tidak tahan darah, lebih baik anda fikir 100 kali sebelum bersetuju untuk menemankan isteri dalam bilik bersalin. Tetapi sudah tentu anda akan terlepas momen paling indah dalam hidup anda sebagai suami dan ayah!

9. Jangan menjangkakan bayi baharu lahir anda seperti model bayi yang anda lihat dalam majalah. Bayi baharu lahir akan mengalami perubahan berbeza setiap hari.

10. Perut isteri anda mungkin masih nampak seperti ibu mengandung. Jangan sesekali bertanyakan hal tersebut kalau tak mahu menerima jelingan tajam.

Perhatian Bagi Ibu Yang Sedang Mengandung Dan Yang Mempunyai Anak Dibawah Usia 5 Tahun!!!

Mahu Anak Anda Pintar & Pandai Membaca Sebelum Masuk Tadika?

Sila Klik Gambar Sebelah!


Sumber : PaMa

Wednesday, August 19, 2015

9 Tips Isteri Berjaya Berniaga Di Rumah Agar Anak-anak Tidak Terabai. No 9 Amat Penting Sekali!


 

Tips ini dikongsi oleh Puan Maziah Ismail di blog beliau dan menceritakan tips untuk ibu berjaya berniaga dan menguruskan anak-anak.
 http://supplementsihatsemulajadi.blogspot.com/

Tahniah saya ucapkan kepada ibu-ibu yang berniaga di rumah sambil jaga anak-anak. Keputusan berhenti kerja dan mulakan berniaga di rumah merupakan satu keputusan yang sangat-sangat tepat dan langkah yang bijak sekarang ini. Ibu-ibu mempunyai alasan tersendiri mengapa mengambil keputusan berhenti kerja dan mulakan berniaga di rumah. Lepas ini saya akan berkongsi tips berjaya berniaga di rumah agar anak-anak tidak terabai. 

Sekarang yang menjadi dilema setelah berniaga di rumah adalah tidak pandai urus masa berniaga dan anak-anak. Keadaan menjadi kelam kabut, bila mula saja kita nak pegang laptop nak mulakan urusan business anak pun panggil. Ada yang nak itu, ada yang nak ini. Minta tolong cebok la, berebut mainan dengan adik beradik la.. Macam-macamlah sampai naik pening dan serabut. Betul tak??? pastu mula la nak jadi tarzan la... rimau jadian la, raksasa la semua keluar.. Hulk pun nak jadi.. hihihi..

Saya pun mengalami masalah yang sama, dengan kerenah 4 orang anak yang aktif dan sangat-sangat menguji kesabaran mak!!

Bila dah keadaan tidak terurus, kelam kabut, kita akan rasa macam masa tu tak cukup, berjam-jam cuba spend masa tp satu apa tu tak dak. happrakk, habuk pun tak da... Dah tu rasa kerja rumah pun makin bertambah-tambah. STRESSS gilaaaa...

Jadi kesempatan ini saya nak berkongsi dengan ibu-ibu di luar sana tips berjaya berniaga di rumah agar anak-anak tidak terabai.


TIPS # 1 - BANGUN AWAL UNTUK MASAK

Mulakan hari dengan bangun awal, bagus bangun awal ni sebab murah rezeki. Kalo pukul 10 baru nak bangun memang kelam kabut la jadinya.. kewajipan kepada Allah pun tah kemana. Ibu-ibu boleh decide nak bangun sebelum subuh ka, sejurus dengar azan subuh ke, tak kisah janji bangun awal. Seeloknya bangun sebelum subuh la, mandi-mandi kemudian terus boleh solat subuh di awal waktu. Lepas dah solat tu boleh la sediakan makanan sarapan untuk anak-anak dan suami. Boleh siap anak-anak yang ke sekolah dan bapaknya sekali hihi.

TIPS # 2 - SEDIA STOK BAHAN MASAKAN UNTUK 1 MINGGU

Stok masakan ni contoh macam lauk basah, cili giling, bawang untuk tumis dan sebagainya. Macam saya,  suami akan beli stock lauk untuk 1 minggu, saya akan cuci dan bersihkan semua lauk-lauk dan simpan dalam tupperware ikut sukatan lauk yang nak dimasak pada hari-hari tertentu.. kemudian simpan dalam freezer. Jika nak masak hanya keluarkan bekas yang yang kita dah sediakan itu sahaja. Senangkan? jadi tak perlu la nk buang masa cuci dan bersih lauk yg nak masak tu sebab semua dah tersedia cuci dan bersih. Cuma perlu masak sahaja.

Bawang pula boleh kita buang kulit siap-siap masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Cili mesin pun sama juga, mesin cili buat stock simpan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak guna semua benda dah tersedia jadi disini kita dah boleh jimat masa di dapur, dalam kurang 1 jam dah siap masak lauk-lauk dan nasi.

TIPS # 3 - JANGAN HIMPUN BAJU YANG TIDAK BERLIPAT DAN BELUM DI BASUH.

Bab himpun baju tak berlipat ni pun merupakan habits saya juga hihih.. Cukup malas dan bercinta kalo nak lipat baju, bertimbun-timbun baju dalam raga yang belum dilipat. Nak pakai cari ja dalam raga hahah.. Saya pasti ibu-ibu di luar pun mengalami sifat MALAS lipat baju.. Jadi lepas ni kenalah rajin-rajin lipat baju. Kutip saja baju yang dah kering terus lipat, jangan di tangguh-tangguh, kalo tangguh haaa mula nak menimbun balik kan?
Macam saya akan bahagikan baju-baju yang boleh digantung dengan hanger dan sidai guna hanger. Jika dah kering terus sangkut saja di tempat baju2 yang bersih. Baju yang tak boleh di hanger tu terpaksa sidai macam biasa.

TIPS # 4 - KEMAS RUMAH BILA ANAK TIDUR

Jika anak-anak tidur boleh la kita mulakan operasi mengemas. Jika anak-anak sibuk bermain memang susahla kita nak mnegemas. Nanti jadi macam ni, kemas kat sana semak kat sini, Kemas kat sini, semak kat sana. Haaa x pernah kemas la rumah jadinya..Kan, kan, kan???

TIPS # 5 - BAHAGIKAN KERJA @ MINTA TOLONG HUBBY BUAT KERJA RUMAH SAMA-SAMA.

Haaa yang ni lah yang paling penting... jika semua kita nak buat dari A sampai Z memang tak cukup masa, penat bagai.. jadi kita kenala ringan-ringankan mulut tu minta tolong dari hubby kita. Minta tolong dia buat buat benda yang dia boleh buat la. contoh tolong sidai baju ka, tukar lampin anak, basuh baju ka.. buak nak kena basuh guna tangan, campak masuk dalam mesin ja pun kan.. Kenalah pandai guna taktik macam mana nak minta tolong, suami masing-masing kan mesti la dah tau macam mana kan. Tak kan ni pun nk kena ajar hiihi...

TIPS # 6 - SELESAI URUSAN ANAK-ANAK DAHULU SEBELUM URUSAN KITA.

Macam mana nak urus anak-anak dahulu? senang saja, anak-anak ni jika diorang dah kenyang pasti tak kacau kita. Seronok ja main, jadi pastikan kita bagi anak-anak makan kenyang-kenyang dahulu sebelum mulakan urusan kita. Sediakan air dan biskut untuk anak-anak ulang makan jika diorang dah letih main. Jangan lupa sediakan tempat untuk mereka baring-baring lepas penat bermain. Jangan lupa juga kat hubby kita sorang tu, pastikan perut dia pun kenyang...


TIPS # 7 - JANGAN STRESS, REHAT JIKA PENAT.

Tips ni sangat-sangat penting sebab melibatkan emosi kita. Bila emosi terganggu habis semua akan terkesan, jadi jagalah emosi kita. Kalo rasa stress dan penat tu rehatlah, jangan push diri lagi. Tidur sebentar yang berkualiti dalam 5 ke 10 minit pun dah cukup. Supaya otak dan badan dapat refresh balik.

TIPS # 8 - BUAT CHECKLIST @ JADUAL URUSAN HARIAN

Buat jadual aktiviti kita seharian di rumah. Contoh bangun jam berapa, sekian-sekian jam buat kerja apa. Cuba ikut jadual yang kita buat tu sebauk yang boleh, jangan lengah-lengah dan tangguh kerja pada waktu yang kita dah set dalam jadual. Jadi bila dah ada jadual tu urusan dan kerja-kerja rumah pun akan selesai seperti yang kita harapkan. Kita punya urusan berniaga pun berjalan dengan lancar. Uruasan hariaa kita pan selesai dan bergerak lancar.

TIPS # 9 - AMALAN ROHANI

Dalam banyak-banyak tips yang saya kongsikan, tips amalan rohani adalah tips yang paling-paling penting sebagai umat Islam tak kira la siapa diri kita. Dengan amalan rohani ni hati kita akan sentiasa tenang. Solat dhuha, tahajjud, zikir dan bersedekah.. Orang kata ada duit boleh beli semua benda tapi kena ingat ketenangan tak boleh dibeli. Orang kaya pun belum tentu tenang... Selain hati tenang, kita juga akan dimurahkan rezeki olehNya. Insya Allah.
Saya harap dengan perkongsian tips-tips ini kita sebagai ibu yang bekerja dirumah dapat berniaga dengan berjaya di samping anak-anak pun tidak terabai serta urusan rumah tangga pun tip top. Selamat mencuba ye, insya Allah sedikit sebanyak urusan perniagaan kita akan menjadi lebih terurus dan mudah.


SUDAH BOSAN BEKERJA DI PEJABAT?

INGIN LUANGKAN LEBIH BANYAK MASA BERSAMA KELUARGA?

SUDAH TIBA MASANYA UNTUK ANDA MENJANA PENDAPATAN HANYA DARI RUMAH!

Jom Baca Panduan Ini. Sila Klik Gambar Dibawah!




Tuesday, August 11, 2015

10 Cara Mudah Kembali Langsing Selepas Bersalin. No 5 Sudah Pasti.


Siapa tidak risau melihat bentuk badan sudah lari daripada bentuk asal sebelum mengandung. “Aduh...sejak ada baby, mana ada masa hendak pergi ikut aktivti zumba.” Tentu itu yang bermain di fikiran ibu semua. Siapa kata ibu beranak kecil tidak boleh bersenam? 10 cara mudah berikut boleh membantu anda kembali langsing selepas bersalin.
1.    Menyusukan bayi
Kaedah paling murah dan mudah untuk menguruskan badan selepas bersalin adalah menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu. Bayi sihat kerana mendapat khasiat yang secukupnya, ibu juga kekal dengan berat badan ideal.
2.    Menguruskan keperluan bayi
Bukan mudah ya untuk menguruskan keperluan seorang bayi. Seharian menguruskan keperluan bayi mula dari memandikan bayi, mengganti lampin, mendukung, menidurkan, menyusukan hingga mengajak bayi bermain cukup membuatkan seorang ibu keletihan! Jadi pastikan anda benar-benar menguruskan bayi 100 peratus tanpa bantuan orang lain kerana ia merupakan senaman paling murah dan mudah.
3.    Turun naik tangga
Sebenarnya anda bertuah sekiranya tinggal di sebuah rumah dua tingkat. Aktiviti di rumah yang memerlukan anda kerap turun naik tangga sebenarnya membantu anda membakar lemak tanpa disedari. Jadi, jangan risau jika anda tidak punya waktu khusus untuk melakukan senaman.
4.    Senaman di bilik tidur
Kalau bayi tengah tidur lena, gunakan kesempatan itu untuk melakukan sedikit senaman. Sambil anda memantau anak yang tidur di dalam bilik, apa kata buat senaman ringan seperti tekan tubi untuk membantu mengempiskan perut.
5.    Bermain dengan bayi
Kalau bayi anda asyik nak berkepit sahaja, apa kata ajak dia sekali buat senaman. Aktiviti bermain bersama seperti meletakkan bayi di atau kaki ketika anda membuat latih tubi bukan sahaja membuatkan dia ketawa keseronokkan tetapi anda juga dapat mengeluarkan peluh. Tetapi ini hanya sesuai untuk bayi yang berusia lima bulan ke atas ya ibu!
6.    Berenang
Jika anda tinggal di apartment yang menyediakan kemudahan kolam renang, ambil peluang untuk melakukan senaman renang kerana rutin berenang boleh membantu mengembalikan bentuk badan anda. Sebaiknya,  ajak sekali suami supaya di boleh menjaga si kecil sementara anda memberi fokus kepada berenang. Rutin berenang bisa membantu mengembalikan bentuk tubuhmu.
7.    Senaman lantai pelvik
Senaman ini boleh dilakukan pada bila-bila masa iaitu ketika sedang makan, mencuci, menguruskan bayi atau mandi. Jika rajin membuat senaman lantai pelvik, ia boleh menguatkan otot-otot sekitar vagina anda sekaligus menghindarkan masalah kekerapan buang air kecil.
8.    Senaman mengikut video
Kini dengan adanya teknologi internet semua boleh dilakukan tanpa perlu keluar dari rumah. Jadi, tiada lagi alasan tidak cukup masa hendak bersenam. Cari sahaja video senaman di Youtube dan anda boleh mengikut langkah senaman tersebut bila-bila masa sahaja!
9.    Jurulatih peribadi
Bagi ibu yang punya bajet lebih, tak salah jika hendak melantik jurulatih peribadi di pelbagai gim yang menawarkan khidmat tersebut. Sudah pasti anda mampu mencapai impian mendapatkan kembali bentuk badan menawan.
10.  Membuat kerja rumah
Rasanya langkah ini memang wajib dilakukan oleh semua wanita. Tanpa anda sedari, rutin membuat kerja rumah seperti menyapu dan mengemop lantai, menyental bilik air, mengemas dapur, bilik tidur, menyidai pakaian, memasak, menyiapkan keperluan suami dan anak-anak merupakan senaman mudah yang dapat membakar kalori badan anda.


Dah Cuba 1001 Cara, Tapi Masih Tak Berjaya Kuruskan Badan?

Saya Dulu Pun Senasib Dengan Anda.

Jom Baca Panduan Ini. Sila Klik Gambar Dibawah!




Sumber: PaMa

Friday, August 7, 2015

Hati-Hati Tentang Penculikan Digital Apabila Siar Gambar Anak Di Media Sosial



Hati-hati apabila anda gemar berkongsi gambar anak di media sosial. Seorang ibu, Danica Patterson gemar berkongsi gambar anak perempuannya berusia 4 tahun di media sosial sehingga dia mendapat tahu gambar anaknya digunakan oleh ‘si penculik’ yang tidak dikenali.
CBS Dallas Fort-Worth melaporkan seseorang menggunakan gambar anak Danica di laman Facebooknya dan mengaku itu adalah anaknya yang mirip seperti wajahnya. Anak perempuan Danica menjadi mangsa penculikan digital, di mana orang yang tidak dikenali mencuri gambar si kecil secara talian dan mengaku itu adalah anaknya.
Beberapa tahun dulu, penculikan digital jarang berlaku tetapi kini ia semakin menjadi  ‘popular’ di media sosial. Kadang kala, mereka ambil gambar secara rambang dan adakalanya mereka ambil daripada kenalan. Ia sememangnya tidak menyalahi undang-undang tetapi terdapat cara melindungi diri anda.
Jika anda ingin menyelidik tentang “baby role play”, anda hanya perlu taip carian beberapa hashtag di Instagram. Komuniti sudah mempopularkan hashtag seperti #babyrp, #adoptionrp dan #orphanrp. Terdapat lebih daripada 55,000 gambar yang ditag dengan hashtag tersebut dan kebanyakannya memaparkan gambar comel  anak orang lain.

Mari Saya Tunjukkan Bukan 10 Atau 20, Tetapi 77 Teknik Yang Efektif. 

Bagaimana Anda Boleh Berjimat Dalam Dekorasi.

Baca Testimoni. Sila Klik Gambar Dibawah!




Sumber: PaMa

Thursday, August 6, 2015

Hati-Hati dan Ambil Perhatian - Bayi Buta Selepas Kena Flash Kamera



Di negara China, seorang bayi yang baru berusia tiga bulan didapati buta sebelah matanya selepas rakan kepada keluarga yang datang menziarah mengambil gambar bayi tersebut dan terlupa menutup flash kamera.
Kesan daripada pancaran flash kamera itu, doktor mengesahkan bayi malang tersebut mengalami kerosakan kekal. Ini kerana terkena pancaran flash dari jarak 10 inci sahaja. Akibat daripada itu mata kanan bayi ini buta manakala penglihatan mata kiri pula terjejas.
Lebih malang lagi, doktor memberitahu, kerosakan ini adalah kekal dan tidak boleh dirawat menerusi pembedahan. Flash kamera yang kuat cahayanya itu telah merosakkan macula iaitu bahagian dalam mata.
Untuk pengetahuan, macula tidak terbentuk hingga kanak-kanak berusia empat tahun. Ini bermakna mata bayi amat sensitif dengan sinaran cahaya yang kuat.  Ibu bapanya mula menyedari ada yang tidak kena dengan penglihatan bayi mereka sebaik sahaja gambar tersebut dirakamkan.
Menurut doktor, biarpun bayi menutup mata semasa orang merakamkan gambar mereka dengan flash kamera yang kuat, namun cahaya itu boleh menyebabkan kerosakn kekal.
Jadi, lepas ini ibu bapa perlu berhati-hati apabila hendak merakamkan gambar pertama bayi masing-masing kerana takut ia menyebabkan kemudaratan kepada bayi sendiri. Jangan lupa, maklumkan juga kepada rakan dan saudara yang datang menziarah!

Perhatian Bagi Ibu Yang Sedang Mengandung Dan Yang Mempunyai Anak Dibawah Usia 5 Tahun!!!

Mahu Anak Anda Pintar & Pandai Membaca Sebelum Masuk Tadika?

Sila Klik Gambar Dibawah!




Sumber: DailyMail.co.uk


10 Perkara Lucu Yang Berlaku Ketika Menyusu. No 4 Paling Buat Saya Tersenyum




Menyusukan si comel merupakan saat yang paling indah bagi wanita bergelar ibu. Dalam melengkapkan perjalanan penyusuan tentu banyak kisah suka duka yang ibu lalui. Mungkin salah satu daripada 10 perkara lucu tersebut pernah berlaku kepada anda semua.

  1. Kesan bunyi ketika menyusu. Bayi anda memang pandai membuat pelbagai bunyi tanda dia sedang seronok menikmati susu ibunya. Sekiranya anda sedang menyusukan bayi di rumah tentu anda seronok dan bahagia mendengar bunyi comel tersebut tetapi bayangkan jika anda sedang menyusukan bayi di tempat awam. Hmm... (mesti ada yang bisik… baby pelan-pelan sikit .. nanti orang dengar… hehehehe)

  2. Kadang kala ketika bayi sedang menyusu, ibu biasanya sibuk membuat perkara lain seperti melihat telefon bimbit, membaca buku dan sebagainya tetapi tiba-tiba bayi anda melepaskan puting payudara anda dan susu masih memancut keluar! (Ada tak yang main Farmville? Kalau ada komen ya!)

  3. Terlupa payudara kanan atau kiri untuk sesi penyusuan seterusnya. (blurr sekejap)

  4. Tangan kecil yang menjalar. Biasanya tangan si kecil yang asyik menyusu turut sibuk menjalar di seluruh muka dan wajah ibu seperti memasukkan jarinya ke dalam mulut atau lubang hidung ibu, menarik rambut ibu, cuba menanggalkan cermin mata ibu dan bermacam lagi. Tapi ia sangat membahagiakan dan buat ibu tertawa lucu. (Betul… ini memang berlaku!)

  5. Pencarian puting. Lucu sangat bila bayi anda dipeluk dan dibaringkan dalam posisi menyusu oleh orang lain tetapi dia secara automatik akan mencari puting payudara. (Mesti bapa pun kene juga yer? Nasihat pada bapa.. sila pakai baju ketika dukung anak anda)

  6. Wajah bayi yang kenyang, gembira dan seronok selepas setiap kali penyusuan hanya membuatkan ibu tersenyum bahagia. (Release tension ketika ini)

  7. Semakin membesar bayi anda, semakin banyak gaya dia tunjukkan semasa hendak menyusu. (Ada yang menonggeng… ada kaki naik atas.. terbalik dan macam-macam.. sila komen gaya anak anda.. kita share)

  8. Pantang ada bunyi yang mengganggunya ketika menyusu, bayi akan segera melihat ke arah bunyi tersebut sambil cuba membawa bersama puting payudara ibu. Ouchh...sakitnya hanya ibu sahaja yang tahu. (uikss.. ditarik macam nak putus kan…)

  9. Bunyi tidak sabar yang dilakukan oleh bayi apabila dia hendak menyusu terutama apabila ibu baru pulang dari kerja. Kadang kala sampaikan baju ibu dihisapnya! (Ini saat yang menggembirakan… betul tak?)

  10. Saling berbalas senyuman. Tiada yang lebih menggembirakan ibu selain daripada senyuman manis si kecil serta berbalas pandangan mata ketika proses penyusuan berlaku. Ia saat paling berharga! (Terima Kasih Tuhan atas kurniaan rezeki ini)


Baca : Tips Memilih 3 Jenis Permainan Bayi. Anak BIJAK!


Perhatian Bagi Ibu Yang Sedang Mengandung Dan Yang Mempunyai Anak Dibawah Usia 5 Tahun!!!

Mahu Anak Anda Pintar & Pandai Membaca Sebelum Masuk Tadika?

Sila Klik Gambar Sebelah!


Sumber : PaMa

9 Fakta Perlu Diketahui Apabila Membesarkan Anak Lelaki. No 1 Adalah Sudah Pasti.


Ada perbezaan yang boleh diperhatikan apabila anda membesarkan anak lelaki dan anak perempuan. Bukan tidak bersyukur tapi ada orang bersetuju membesarkan anak lelaki kurang cerewetnya berbanding anak perempuan tetapi memerlukan kesabaran yang tinggi kerana mereka terkenal aktif dan lasak.
Cuba kita semak betul atau tidak fakta menarik ini apabila membesarkan anak lelaki.
1.   Kejutan kotoran yang boleh dijangka. Tentu anda biasa berhadapan dengan situasi baju kotor, mulut comot, barang bersepah, air tertumpah dan bermacam lagi kejutan yang mengotorkan dirinya dan kawasan rumah anda.

2.    Lambat berlatih ke tandas. Jika anda sedang anak untuk tidak memakai lampin atau melatih anak buang air di tandas sendiri, banyakkan bersabar. Mereka memang agak perlahan mencapai misi ini.

3.   Kerap membasuh pakaian. Apabila ada anak lelaki, bersedialah untuk sentiasa mencuci pakaian kotor. Memang normal anda perlu menukar pakaian anak lelaki lebih daripada dua kali dalam sehari. Kotoran yang mereka lakukan memang sukar dijangka.

4.    Kos penjagaan rambut mereka lebih murah. Anda tentu setuju hal ini. Lebih mudah dan murah menguruskan penjagaan rambut anak lelaki berbanding perempuan. Bawa sahaja ke kedai gunting rambut mamak, selesai masalah memotong rambut. Harga pun lebih murah. Tidak sampai RM10.

5.    Pilihan fesyen yang mudah. Fesyen anak lelaki tidak banyak pilihan seperti anak perempuan. Jadi, kurang sedikit masalah rambang mata ibu apabila membeli belah untuk mereka. Boleh jimat masa dan tenaga semasa membeli.

6.   Kurang cerewet. Kebanyakan anak lelaki kurang cerewet berbanding anak perempuan terutama dalam bab memilih pakaian, alat permainan, makanan dan tempat bermain atau bersiar-siar. Dalam hal ini, ibu perlu mengaku ia adalah benar. Mungkin memang sikap semula jadi seorang lelaki sejati!

7.    Barang rosak. Mereka bukan nakal tetapi suka mencuba perkara baru. Anda perlu berfikiran positif. Anggaplah ia proses anak menjadi lebih kreatif. Jadi bersedialah untuk melihat barang di rumah anda atau alat permainan mereka berubah ‘rupa’ atau lebih malang rosak terus!

8.   Ingatan berulang kali. Kadang kala letih dibuatnya hendak mengulang cakap perkara yang sama setiap hari. Tetapi itulah hakikatnya apabila anda mengajar anak lelaki terutama dalam bab menjaga kebersihan.

9.  Mereka meniru karektor ibu. Tentu anda membayangkan apabila ada anak perempuan tentu merekaakan sama seperti diri anda. Tetapi sebenarnya kita boleh melihat karektor diri kita melalui anak lelaki. Banyak persamaan karektor antara ibu dan anak lelaki.

Jika anda mempunyai ramai anak lelaki, ada orang yang akan menyatakan kasihan kepada anda. Hakikatnya tidak kira sama ada anak lelaki atau perempuan, semuanya mampu menjadi anak yang terbaik kepada keluarga asalkan dididik dengan sempurna. Bahkan jangan terkejut, ada anak lelaki yang mampu membantu ibu membuat kerja rumah lebih baik berbanding anak perempuan.
Tidak dinafikan membesarkan anak lelaki lebih mencabar tetapi sangat menyeronokkan!


Sumber : PaMa