Ada perbezaan yang boleh diperhatikan apabila anda membesarkan
anak lelaki dan anak perempuan. Bukan tidak bersyukur tapi ada orang bersetuju
membesarkan anak lelaki kurang cerewetnya berbanding anak perempuan tetapi
memerlukan kesabaran yang tinggi kerana mereka terkenal aktif dan lasak.
Cuba kita semak betul atau tidak fakta menarik ini apabila
membesarkan anak lelaki.
1. Kejutan kotoran yang boleh
dijangka. Tentu anda biasa berhadapan dengan situasi baju kotor, mulut
comot, barang bersepah, air tertumpah dan bermacam lagi kejutan yang
mengotorkan dirinya dan kawasan rumah anda.
2.
Lambat berlatih ke tandas. Jika
anda sedang anak untuk tidak memakai lampin atau melatih anak buang air di
tandas sendiri, banyakkan bersabar. Mereka memang agak perlahan mencapai misi
ini.
3. Kerap membasuh pakaian. Apabila
ada anak lelaki, bersedialah untuk sentiasa mencuci pakaian kotor. Memang
normal anda perlu menukar pakaian anak lelaki lebih daripada dua kali dalam
sehari. Kotoran yang mereka lakukan memang sukar dijangka.
4.
Kos penjagaan rambut mereka
lebih murah. Anda tentu setuju hal ini. Lebih mudah dan murah menguruskan
penjagaan rambut anak lelaki berbanding perempuan. Bawa sahaja ke kedai gunting
rambut mamak, selesai masalah memotong rambut. Harga pun lebih murah. Tidak
sampai RM10.
5.
Pilihan fesyen yang mudah. Fesyen
anak lelaki tidak banyak pilihan seperti anak perempuan. Jadi, kurang sedikit
masalah rambang mata ibu apabila membeli belah untuk mereka. Boleh jimat masa
dan tenaga semasa membeli.
6. Kurang cerewet. Kebanyakan
anak lelaki kurang cerewet berbanding anak perempuan terutama dalam bab memilih
pakaian, alat permainan, makanan dan tempat bermain atau bersiar-siar. Dalam
hal ini, ibu perlu mengaku ia adalah benar. Mungkin memang sikap semula jadi
seorang lelaki sejati!
7.
Barang rosak. Mereka
bukan nakal tetapi suka mencuba perkara baru. Anda perlu berfikiran positif.
Anggaplah ia proses anak menjadi lebih kreatif. Jadi bersedialah untuk melihat
barang di rumah anda atau alat permainan mereka berubah ‘rupa’ atau lebih
malang rosak terus!
8. Ingatan berulang kali. Kadang
kala letih dibuatnya hendak mengulang cakap perkara yang sama setiap hari.
Tetapi itulah hakikatnya apabila anda mengajar anak lelaki terutama dalam bab
menjaga kebersihan.
9. Mereka meniru karektor ibu. Tentu
anda membayangkan apabila ada anak perempuan tentu merekaakan sama seperti
diri anda. Tetapi sebenarnya kita boleh melihat karektor diri kita melalui anak
lelaki. Banyak persamaan karektor antara ibu dan anak lelaki.
Jika anda mempunyai ramai anak lelaki, ada orang yang akan
menyatakan kasihan kepada anda. Hakikatnya tidak kira sama ada anak lelaki atau
perempuan, semuanya mampu menjadi anak yang terbaik kepada keluarga asalkan
dididik dengan sempurna. Bahkan jangan terkejut, ada anak lelaki yang mampu
membantu ibu membuat kerja rumah lebih baik berbanding anak perempuan.
Tidak dinafikan membesarkan anak lelaki lebih mencabar tetapi
sangat menyeronokkan!
Sumber : PaMa
saya ada 3 anak lelaki dan 3 lagi perempuan berumur antara 1-13 tahun. banyak cabaran suka dan duka yang di harungi ketika membesarkan mereka.... @-)
ReplyDeleteTake a chance on a winning spin as a result of|as a outcome of} if you’re having enjoyable you’ve already gained at Red Wind Casino. Social on line casino gaming has boomed through the COVID-19 pandemic and several of|various|a variety of} other|and several of} other} corporations in the sector have gone public or had been making ready for an IPO. However, with the general economic slowdown, things have been much less hectic in 2022. Gaming big Take-Two Interactive acquired Zynga to reinforce its cellular gaming portfolio 바카라사이트 in January 2022 and completed the transaction in May 2022. One factor made clear in this report is that on line casino video games are vastly extra well-liked with older individuals. Other Casino is probably the most downloaded class with Gen Z, but each other style sees severe drops.
ReplyDelete